Sunday, June 21, 2009

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 6, SARAWAK 2009

Para peserta program brgambar beramai-ramai di hadapan SMK BAKO

Kajian Lapangan Geografi SMKTPG pada tahun ini telah dijalankan di Sarawak dari 16 Jun hingga 20 Jun 2009. sebenarnya setiap tahun SMKTPG mengadakan program ini. Pada tahun 2008 kami ke Langkawi, 2007 di Taman Negara, Pahang dan Trengganu. Dan InsyaAllah pada tahun hadapan ke SABAH pula........

Seramai 31 orang peserta terlibat iaitu 5 orang guru dan 26 orang pelajar Tingkatan 6 Atas SMKTPG. Sepanjang lima hari kajian dibuat kami menginap di Asrama SMK Bako. Kuching . Kami berasa amat bertuah di atas layanan SMK Bako sepanjang kami menginap di sana. Terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK Bako, Tn. Hj. Afendi.

Terdapat beberapa program yang dijalankan sepanjang 5 hari kami di sana. Antara program tersebut ialah:


Hari Pertama (Selasa)
Lawatan ke Muzium di Kuching
&
Cultural Village (Kampung Budaya)



Muzium Kuching

Pemandangan dari Cultural Village. Amat mengujakan..


Bergambar di Cultural Village @ Kampung Budaya



Hari Ke-2 (Rabu)

Taman Negara Bako
&
Pogram Jalinan Muhibah



Guru-guru bergambar kenangan di hadapan SMK BAKO, Kuching.
Dari kiri Cikgu Ruzi, saya, Cikgu Awal, Suami Pn. Sumiati (maaf! Nama tak ingat), dan Pn Hjh Munah.



Menaiki bas awam dari SMK Bako ke jeti untuk ke Tmn Negara Bako.
Pengalaman yang menyeronokkan. Tambang hanya Rm0.50/seorang (jarak- 3 km je..).



Di jeti Taman Negara Bako

Berehat sebentar menghilangkan penat. Tu la lain kali exercise la sikit. Jangan tidor je..

Aktiviti trekking dilakukan. Pelajar terpaksa memalui trek yang mengambil masa 2 jam. Pelbagai spesies flora yang terdapat di sini. Para pelajar mendapat pengalaman baru dan melihat sendiri secara real. amat seronok.

Yang ni nak duduk dalam gua. Dah puas duduk dalam rumah batu nak rasa duduk dalam gua batu lak..

Menunggu giliran untuk mendaki. Boleh tahan juga tingginya bukit. Sengal gak lutut tapi ni antara aktiviti sihat. Daripada asyik buat lemak lebih baik bakar semua lemak tu. Betul tak?

Bersama warga emas dari Australia. Umur mereka ni yang paling muda 79 tahun dan yang paling tua 80 lebih. Kalau orang kita mesti kena kata buang tabiat tapi bagi orang negara maju umur 3 bulan dah bawa anak-anka mereka dekat dengan alam sekitar.

Mendegar taklimat dari pegawai Taman Negara Bako, En. Aubyl Ilias. Beliau banyak membantu kami menerang secara terperinci tentng taman negara ini. Dengan lawaknya yang bersahaja membuatkan kami seronok dan hilang penat. Thank you Mr. Auby..



Program Jalinan Muhibbah


Program jalinan Muhibbah antara SMKTPG dan SMK Bako. Tuan Pengetua SMK Bako (berkopiah di sebelah kanan saya). Pelbagai persembahan diadakan bagi menyambut kami. Antaranya tarian tempatan dan nyanyian.

Persembahan pelajar SMKTPG
(pelajar lelaki mane? Ada kat belakang kot?)


SMKTPG juga turut mempersembahkan 3 buah lagu medleyiaitu Sebenarnya - Yuna, Gemuruh- Faizal Tahir dan ....... yang 'memukau' para hadirin.


Pn.Hjh Munah menyampaikan cenderahati kepada Pengetua SMK Bako

SMKTPG sangat berbesar hati dengan layanan yang diberi dan turut menyumbangkan sedikit cenderahati kepada Tuan Pengetu SMK Bako berupa Labu Sayong (Made in Perak) dan Kerepek (Made in Kanchong)





Hari Ke-3 (Khamis)

Gua Angin, Bau, Tasik Biru, Bandar Batu 7, Tasik Biru, Bau dan Semenggoh

Hari Ke-4 (Jumaat)

Bandar Kuching, (Waterfront, Kilang Kek Lapis, Kilang Pasu)

Hari Ke-5 (Sabtu/Hari Akhir)

Pasar Satok dan berangkat pulang


Untuk hari ke-3 dan seterusnya
saya masukkan dalam entri akan datang sebab gambar belum dapat sepenuhnya....

0 comments:

Post a Comment

























NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!













Web hosting















JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI
 
© Copyright by INFO GEOGRAFI  |